Dalam industri hiburan zaman sekarang, bukan sahaja golongan penyanyi, model dan pelakon dapat merasi hidup glamour, malah dikalangan pendakwah juga boleh jadi popular dan mempunyai peminatnya sendiri.

Zaman sekarang Ustaz boleh jadi terkenal bukan kerana sering mengadakan majlis agama, tetapi lebih didominasi melalui Media Sosial seperti di Instagram, Facebook ataupun di Youtube yang juga banyak digunakan sebagai platform untuk bersoal jawab tentang agama.

Oleh kerana populariti yang diraih, kehidupan peribadi mereka sering menjadi soroton dan terlepas dari kontroversi liar. Sama juga terjadi kepada sebilangan artis di Malaysia, ada di antara mereka mengisi ruangan gosip di laman berita hiburan. Berikut beberapa pendakwah atau ustaz popular yang menjadi mangsa kontroversi liar dan fitnah yang dilakukan oleh sebilangan netizen di Malaysia.

1Ustaz Azhar Idrus

Seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menyampaikan ceramah dalam loghat Terengganu disulami jenaka-jenaka yang menarik perhatian pendengar. Menjadikan ceramah beliau sentiasa mendapat kunjungan ramai.

Dalam sibuk menyampaikan ceramah agama, Ustaz Azhar Idrus tak terlepas dari kontrovesi. Terlebih dahulu dia diuji pada tahun 2014 apabila satu klip video pendek yang memperlihatkan seorang lelaki yang kononnya mirip beliau sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita muda menjadi viral.

Memetik dari Says, Ustaz Azhar Idrus tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

2Mohd. Kazim Elias

Seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa menjadi jemputan di sana sini malah dalam majlis yang melibatkan VIP-VIP dari pihak kerajaan. Popular di program-program TV.

Namun siapa sangka, Ustaz Kazim Elias menjadi sorotan, bukan kerana ceramah agamanya tetapi sebaran fitnah terhadap dirinya.

Ustaz Kazim Elias diheret ke dalam kancah kontroversi ekoran terdapat dakwaan berlaku pencabulan seksual dan seks luar tabii di Maahad Tahfiz Darul Barakah miliknya di Ipoh, Perak pada tahun 2016.

Beliau berkata kepada Utusan, tindakan akan diambil walaupun pelakunya itu darah dagingnya sendiri seperti yang didakwa.

3Syamsul Debat

ceramah dan program beliau sentiasa menarik peserta-peserta yang hadir. Kandungan ceramah beliau banyak berorientasikan hubungan kekeluargaan, suami isteri dan anak-anak. Namun Syamsul Debat juga masuk ke kancah kontroversi apabila terpaksa membuat penafian gara-gara dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.

Dakwaan itu tersebar selepas polis Johor menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung perkara itu baru-baru ini.

4PU Abu

Sebelum ini peserta Pencetus Ummah (PU) Abu tidak sebegitu popular jika dibandingkan seperti nama-nama pendakwah di atas. Namun sejak akhir-akhir ini, nama PU Abu menjadi sebutan orang ramai. Bukan kerana kisahnya sebagai seorang pendakwah mendapat liputan media, tetapi kerana isu kahwin cerai dan poligami.

Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, terkini dia dihimpit pula kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan retak. Masing-masing mengeluarkan kenyataan membela diri dan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

5PU Rizz

View this post on Instagram

My first visit was good, second was better!

A post shared by RIS ISMAIL (@pu.riz) on

PU Rizz mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah musim keempat dan siapa sangka, pendakwah ini pernah tercalon dalamkategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31.

Dengan imej Islamik dan menjadi idola anak muda, siapa sangka beliau antara mangsa buli siber di media sosial. Hal ini bermula selepas penularan gambar lucah yang mirip PU Rizz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail justeru menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Foto itu menunjukkan lelaki yang dikatakan mirip wajah PU Rizz memakai baju berwarna kelabu dan menunjukkan alat sulitnya dirakamkan dalam bilik mandi.

Walaubagaimanapun PU Rizz dengan tegas menafikan, foto bogel itu adalah dirinya seperti yang didakwa netizen.

Kerana Iri Hati

Mereka popular kerana ada peminat dan mereka mungkin boleh jatuh kerana peminat juga.  Semakin hebat dan popular seseorang, semakin ramai pula orang yang mungkin iri hati yang membawa kepada hasad dengki, fitnah serta perbalahan.

Pendakwah mahupun Ustaz selebriti bukanlah individu yang boleh diheret sama ke dalam kancah kontroversi. Mereka seharusnya disanjung dan dihormati oleh masyarakat kerana mereka memainkan peranan memperjelaskan kebenaran ajaran Islam dengan lebih berkesan dan seterusnya menyatukan umat Islam.

Beringatlah wahai netizen!