Kali terakhir penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu adalah pada tahun 2007 yang mana ketika itu lagu Destinasi Cinta menjadi buah tangannya yang terakhir di pentas berprestij itu selepas mengumumkan untuk berundur dari AJL bagi memberikan peluang buat penyanyi lain bertanding.

IKLAN

Siti Anggap Ernie Calon Pengganti Sesuai 

Selepas sekian lama, Siti telah mengejutkan peminat apabila lagu Anta Permana nyanyiannya telah masuk ke AJL 34 biarpun pada peringkat awal.

Seperti yang sedia maklum permarkahan AJL diambil kira berdasarkan kualiti lagu dan bukanlah pada penyanyinya semata-mata. Masih berpegang teguh dengan pendiriannya sebelum ini, Siti memaklumkan dia tidak akan menyanyikan lagu tersebut dan antara calon yang dikatakan layak menggantikannya adalah penyanyi Ernie Zakri.

Masih Berteka-Teki 

Biarpun begitu, harapan Ernie untuk membawa lagu tersebut juga dikatakan masih berteka-teki memandangkan lagu miliknya, Ku Bersuara juga akan bertanding dan peminat meramalkan lagu tersebut juga akan layak ke pusingan akhir.

Akui Dipujuk Hael Husaini 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai lagu itu, Siti akui buat ketika ini masih tiada kata putus mengenai pengganti beliau. Malah dia turut memaklumkan komposer lagu itu yang juga penyanyi, Hael Husaini pernah beberapa kali memujuknya untuk kembali beraksi dan pernah bergurau ingin membuat petisyen untuk Siti kembali menyanyikan Anta Permana.

Buat masa ini, Siti mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik dan tidak tolak kemungkinan jika hatinya ‘terbuka kembali’ untuk menyanyikan lagu tersebut.