Pada Mac yang lalu, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 44 tahun. Meskipun sudah berusia 40-an, namun rupa parasnya masih kekal cantik seolah-olah tidak dimamah usia!

Dedah Rahsia Kecantikan 

Ramai yang tertanya apakah yang dilakukan oleh Kris untuk tampil awet muda. Menerusi laporan sebuah portal di Indonesia, penyanyi ini mendedahkan segala-galanya. Sejak dahulu lagi, Kris telah menyuntik wajahnya dengan DNA ikan salmon bagi kekal cantik tanpa sebarang kedutan. Menurut Kris, segala khasiat yang didapati dalam ikan Salmon seperti omega 3 membantu mengekalkan kulit untuk sihat dan cantik.

Inspirasi Dari Negara Lain 

Ketika ditanya media mengenai berapakah suntikan yang diperlukan oleh Kris untuk tampil seperti hari ini, menurut pelantun yang terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini berkata hanya satu suntikan sahaja diperlukan setiap tahun memandangkan kulinya sudah sedia cantik dan terurus. Jelas Kris lagi, dia mengambil inspirasi daripada masyarakat di Korea dan Singapura yang mengamalkan suntikan DNA Ikan Salmon ini berbanding suntikan lain yang diragui akan kesannya.