Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terkini mengenai kumpulan Girls Generation atau turut dikenali sebagai SNSD. Dikenali ramai sebagai kumpulan penyanyi wanita terkenal Korea suatu ketika dahulu, kini kumpulan itu bagaikan hilang seketika apatah lagi beberapa ahli kumpulannya telah berundur.

Alami Kemurungan 

Terbaharu, sesuatu yang mengejutkan telah dilaporkan mengenai salah seorang ahli kumpulan GG iaitu Taeyeon yang mana dia dikatakan sedang mengalami kemurungan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Menurut laporan media negara itu, Taeyeon sedang berusaha melawan kemurungan dengan mengambil ubat-ubatan daripada doktor dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif terhadap mereka yang sedang kemurungan.

Dihujani Ucapan Peminat 

Malah menerusi satu tinjauan soal jawab di Instagram, peminat mendakwa jawapan yang diberikan oleh penyanyi itu menunjukkan seolah-olah dia berada dalam keadaan yang tidak bank. Malah Taeyeon turut ditanya mengenai penyakitnya sama ada dia mengalami bipolar (gangguan mental) atau sebaliknya. Meskipun begitu, peminat membanjiri ruangan media sosial Taeyeon dengan ucapan sokongan dan berharap agar penyanyi itu pulih seperti sedia kala. Berdasarkan rekod sebelum ini, ramai selebriti negara itu mengalami kemurungan sehingga ada diantaranya mengambil jalan pintas dengan membunuh diri.