Khamis minggu lalu menyaksikan filem keempat siri Men In Black ditayangkan serentak di seluruh pawagam seluruh dunia. Berbanding siri-sirinya terdahulu, filem kali ini juga merupakan pertama kali spin-off watak utamanya apabila menampilkan seorang ejen perempuan, M yang dilakonkan oleh TessSa Thompson disisi Ejen H (Chris Hemsworth).

Reboot Yang Menjadi

Kami turut berasa teruja untuk menonton filem ini bukan sahaja kerana ingin melihat sisi lain ejen perempuan namun juga ingin lihat pembaharuan lain selepas 8 tahun filem ini dihasilkan menerusi sirinya terdahulu. Menurut pihak produksi, Men In Black : International merupakan versi ‘reboot’ dan bagi kami ianya merupakan versi reboot yang menjadi!

Meskipun terdapat ulasan dan kritikan yang sedikit negatif mengenai filem ini terutama aksi yang kurang diselitkan namun pujian harus diberikan buat gandingan Chris dan Tessa yang begitu serasi. Barangkali kerana mereka pernah bekerjasama menerusi filem Avengers dan Thor terdahulu membuatkan gandingan ini tampak cukup ideal. Secara keseluruhan ianya begitu menarik, apatah lagi pelbagai elemen seperti aksi dan jenaka digarap dengan begitu baik.

Sinopsis Men In Black : International

Unit Men In Black telah berkembang di seluruh dunia bagi menangkap makhluk asing yang membuat perihal jenayah di muka bumi. Dalam masa yang sama kanak-kanak yang suatu ketika dahulu ketahui akan kewujudan pasukan MIB ini nekad kembali untuk sertai pasukan ini apabila sudah dewasa sekaligus dikenali sebagai Ejen M dan membantu Ejen H menyiasat sesuatu yang mencurigakan dalam pasukan ini.