Wonho & Jooheon MONSTA X Beri Sokongan Kepada Peminat Homoseksual

364

Jooheon dan Wonho Monsta X memberikan sokongan untuk peminat mereka yang merupakan seorang homoseksual. Hal ini mereka sampaikan saat melakukan siaran live bersama.

IKLAN

Dalam siaran live tersebut seorang peminat meninggalkan komen. Dia menyatakan bahawa dirinya adalah seorang homoseksual dan ibu bapanya menentang hal itu. Dia bertanya pada Jooheon dan Wonho tentang apa yang harus dia lakukan.

Wonho membaca komen tersebut dan mengatakan bahawa peminatnya yang tak disebutkan namanya tersebut harus menghadapinya dengan tabah hingga ibubapanya benar-benar boleh menerima dan faham keadaannya.

“Aku tak tahu apa yang ibubapa mungkin katakan, namun hingga anda dapat buat mereka faham, walaupun sebenarnya tidak ada yang benar-benar harus difahmakn tentang hal ini, tapi semua orang berbeza, jadi aku fikirkau perlu menghadapinya hingga mereka boleh mengerti,” ujar Wonho, seperti laporkan olehย  Allkpop

Beri Kata Semangat

Jooheon meyakinkan peminatnya untuk melakukan hal yang dianggapnya benar. Dia tak perlu merasa ragu dan takut jika memang ia yakin yang dilakukannya adalah sesuatu yang benar.

“Bagaimanapun situasinya, percayalah bahawa apa yang kamu rasakan itu adalah hal yang benar,” ujar Jooheon.

2019 MONSTA X WORLD TOUR โ€˜WE ARE HEREโ€™IN KUALA LUMPUR

Rasanya semua peminat tegar MONSTA X yang terdiri daripada Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M bakal mengadakan konsert pada 22 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

Tiket konsert MONSTA X World Tour hanya boleh dibeli menerusi online diย www.macpiepro.comย ataupunย aplikasi MMspot.

Harga jualan bagi tiket konsert bermula padaย RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Ungu), RM483 (Zon Kuning), RM573 (Zon Merah), RM593 (Zon MONBEBE)ย danย RM693 (Zon MONBEBE Pakej VIP).

Nak Menang Tiket Konsert?ย 

Rakam video paling kreatif!

Kami tahu anda peminat fanatik MONSTA X, jadi rakam video kreatif menyanyikan salah satu lagu HITS MONSTA X dan kongsikan di media sosial anda.

Yang penting sekali, anda kenalah mention @hangatmalaysia dan sertakan sekali hashtag #monstaxinmalaysia, #monstax #macpiepro dan #hangatmalaysia dalam caption anda tu. Kemudian kami pilih pemenang yang bertuah untuk memenangi tiket konsert Purple Zone yang bernilai RM373. Tunggu apa lagi? Cepat sahut cabaran ini!