Kuala Lumpur, 7 Jun 2019 – Buat pertama kalinya, Kim Jae Hwan bakal berkunjung ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR.

Sesi bertemu peminat Kim Jae Hwan dan peminatnya di Malaysia ini dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro sebagai rakan acara sokongan. Acara ini akan menjadi sesi bertemu peminat antarabangsa yang julung kali diadakan untuk Kim Jae
Hwan dan peminat sejak debut solonya.

Kim Jae Hwan adalah salah seorang penyanyi paling popular di Korea Selatan. Walaupun usianya masih muda, beliau mempunyai ramai peminat di seluruh dunia yang dikenali sebagai WIN:D.

Pengenalan Kim Jae Hwan

Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment. Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat naik apabila beliau meraih tempat keempat menerusi
rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ di Mnet. Sewaktu pembabitan Jaehwan dalam rancangan tersebut, beliau telah bersama kumpulan Wanna One sehinggalah ia dibubarkan pada 27 Januari 2019.

Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya dan menulis lirik lagu sendiri. Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ telah dilancarkan pada 20 Mei 2019 sekaligus menerima sambutan luar biasa daripada peminat kesayangannya.

2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR

Kim Jae Hwan bakal menemui peminatnya di Malaysia pada 27 Julai 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.

Jadual Pembelian Tiket 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR

Tiket konsert dijual pada harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.