Bermula 11 bulan yang lalu, penangan lagu Ddu-Ddu-Ddu benar-benar menaikkan nama kumpulan Blackpink di persada dunia. Sejak dimuatnaik di laman Youtube dan platform digital yang pelbagai kejayaan terus dikecapai empat penyanyi wanita popular ini.

IKLAN

Bakal Cecah 1 Bilion

Termasuklah kejayaan baharu yang bakal diraih Blackpink tidak lama lagi. Menerusi perkongsian peminat di laman sosial, Blackpink menerusi single hits itu bakal menjadi lagu pertama dari Korea yang akan mencecah 1 Billion tontonan di laman YouTube dan juga Spotify. Sehingga kini, video Ddu-Ddu-Ddu telah mencapai lebih dari 800 juta tontonan.

Lisa Paling Popular 

Dalam perkembangan lain, Lisa Blackpink turut melakar sejarah baharu buat dirinya. Selain menjadi anggota Blackpink paling popular, Lisa turut diiktiraf secara rasmi nya sebagai artis Korea pertama yang mempunyai pengikut lebih dari 20 juta di laman Instagram.

Sebagai rekod, Lisa baru sahaja membuat akaun Instagram nya itu pada Julai tahun lalu dan mempunyai pengikut paling ramai kurang dari setahun.