Hanis Zalikha yang kini mengutamakan keluarga dan perniagaan, beliau memberitahu yang beliau bahagia dengan kehidupan sekarang dan mahu suaminya, Hairul Azreen sahaja yang meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang namun ada juga perasaan rindu untuk kembali berlakon tetapi apabila Hairul balik rumah bercerita kepada saya tentang penat lelahnya di set penggambaran, jadi rasa rindu untuk berlakon pun hilang.

“Biarlah Hairul sahaja yang berlakon buat masa sekarang ini kerana itu memang minatnya sejak dulu lagi. Fokus utama saya sekarang ini tertumpu terhadap tugas kepada keluarga dan perniagaan terlebih dahulu,” kata Hanis kepada Astro Gempak.

Untuk makluman pembaca Hangat.com, Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar. Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan Mei ini.

Hangat.com mendoakan agar kehidupan Hanis sekeluarga berbahagia hingga ke Jannah dan semoga segala urusan untuk anak kedua dipermudahkan, in shaa Allah.