Jika anda peminat setia drama rantaian Cik Reen Encik Ngok Ngek pasti anda sedar akan kemunculan pelakon kacak ini. Dikenali sebagai Dini Schatzmann, pemuda berusia 24 tahun ini tidak begitu lancar jika bertutur dalam bahasa Melayu tetapi uniknya dia lebih fasih bertutur dalam loghat Pulau Pinang.

IKLAN

Sehubungan itu, kami paparkan di sini 10 fakta menarik tentang beliau untuk anda terutamanya kaum hawa yang menggilai Dini Schatzmann.

1Kacukan Melayu-Switzerland

Dini Schatzmann berdarah kacukan Melayu-Switzerland di mana ibunya berasal dari Pulau Pinang. Oleh kerana wajahnya ala-ala mat saleh, Dini akui peluang untuknya membawa watak lelaki Melayu agak terbatas.

2Baru 8 Bulan Menetap di Malaysia

Dini yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik  ini baru lapan bulan menetap di Malaysia. Selama ini dia tinggal dan belajar di Kanada selama lima tahun sebelum berpindah ke Malaysia.

3Graduan University Of British Columbia

Dini merupakan pemegang ijazah bidang kejuruteraan dari University Of British Columbia. Walaubagaimanapun, Dini memilih bidang seni kerana dia merasakan dunia lakonan lebih sesuai untuknya berbanding bekerja di pejabat.

4Sertai Kelas Lakonan Bersama Fatimah Abu Bakar

Bagi memperkuatkan bakat lakonannya, Dini mengambil langkah awal dengan mengikuti kelas lakonan bersama pelakon Fatimah Abu Bakar.

5Gemar Ke Gym & Aktiviti Lasak

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, Dini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di Gym dan melakukan aktiviti mencabar seperti Rock Climbing.