Jangan sangka PA Dato’ Seri Aliff Syukri, Muhammad Faezal Satar sahaja yang cukup daring memuat naik gambar shirtless dan mempamerkan tubuh seksi beliau di laman media sosial.

IKLAN

Malah, ramai lagi selebriti Melayu di luar sana yang aktif dalam sukan membina badan dan berani mempamerkan “hasil” gim mereka di laman media sosial. Berminat nak tahu siapa?

Kali ini Hangat.com senaraikan beberapa nama terkenal tanahair untuk tatapan anda.

1Zul Ariffin

First of all semestinya jejaka idaman satu Malaysia. Siapa tak kenal Zul Ariffin? Dari belakang sahaja pun sudah kenal susuk tubuh tegap beliau itu. Ingat lagi masa Zul Ariffin berlatih sukan Muaythai di Phuket? Ramai yang jadi tidak keruan melihat bentuk badan tough Zul Ariffin yang sememangnya tidak gemar memakai t-shirt itu. Apa rahsia tubuh badan beliau? Zul Ariffin pernah beritahu kepada Esquire Malaysia bahawa beliau mengamalkan senaman kardio atau berlari dua kali sehari sejauh 5-10KM.

Sememangnya sudah jelas sukan kardio sangat membantuk dalam pembakaran lemak sebelum proses “membina” otot. Tambah lagi, sukan seperti berlari tidak memerlukan kos yang banyak – anda nak lari keliling kawasan perumahan pun boleh. Silap hari bulan, boleh jadi Zul Ariffin 2.0.

2Ammar Alfian

Bad boy terkenal Ammar Alfian juga sering mempamerkan susuk tubuh beliau yang shirtless di laman Instagram milik peribadinya dengan alasan berkongsi tip senaman.

Seringkali dilihat bersama isteri jelitanya, Nelissa mengamalkan couples workout yang menjadi sumber inspirasi amalkan gaya hidup sihat untuk para netizen. Apa rahsia Ammar?

Duta Muscle Mania Club ini mengamalkan pengambilan Whey Protein bagi meningkatkan kekuatan dan membesarkan otot.

3Syukur Shuib

Tidak ketinggalan pakar kesihatan, Syukur Shuib. Beliau menggunakan laman sosial serta akaun YouTube miliknya sebagai platform mempamerkan tubuh badan tegap beliau yang diperolehi melalui tip kesihatan dan salah satu tip kesihatan beliau merupakan diet yang diamalkannya iaitu diet berbentuk Paleo. Apa itu Paleo diet?

Diet ala caveman di mana makanan yang diutamakan adalah daging, sayuran dan buah-buahan. Mampukah kita hidup tanpa nasi dan hidup macam Syukur? Kalau nak body macam Syukur, bertabahlah.

4Shaheizy Sam

Kalau sekadar stalk akaun Instagram Sam, ramai yang terfikir untung Syatilla Melvin dapat Sam. Tapi bukan senang Sam nak jadi sado macam sekarang ni. Salah satu rahsia Sam menurut Gempak.com ialah beliau mengamalkan minum kopi tanpa gula sebelum melakukan senaman kardio selama 30 minit sehingga sejam setiap hari.

Kalau nak tiru Sam pun senang sahaja, tak kisahlah nak minum Nescafe Gold ke, kopi uncang Hook Coffee Malaysia ke Starbucks ke, pastikan tiada gula dan rajinkan diri melakukan senaman kardio selepas itu.

5Hairul Azreen

Hero filem PASKAL ini berjaya mengubah bentuk badan beliau dalam masa enam bulan sahaja- semua dengan penjagaan makanan yang baik dan senaman. Tambahan lagi, Hairul Azreen memang rajin berkongsi perubahan tubuh badan beliau menerusi gambar shirtless di laman Instagram sebagai pedoman kepada netizen di luar sana.

Suami kepada Hanis Zalikha ini gemar mengubahsuai senaman beliau. Ada harinya beliau lebih fokus kepada senaman angkat berat dan ada masanya beliau lebih gemar menggunakan senaman martial arts.

6Aedy Asyraf

Pelakon kacak yang bernama Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, memulakan kerjaya sebagai pelakon seawal usia kanak kanak menerusi filem Tentang Bulan. Aedy antara artis lelaki melayu yang sering mempamerkan tubuhnya yang sasa. Bagi Aedy, itulah cara dia menghargai penat lelahnya workout di gym untuk mendapatkan tubuh impiannya yang sekarang.

7Aidi Aziz

Bakal suami kepada pelakon popular Fasha Sandha ini juga tak kurang hebatnya. Gambar-gambar Aidil yang sering tak berbaju atau topless ketika bersenam mahupun bermain bola sepak membuatkan para peminat panas dingin. Malah dalam drama pun, terlihat Aidil tak berbaju sehinggakan menampakkan tubuhnya yang sasa dan kekar. Jika dilihat pada kebanyakkan foto di Instagramnya, ternyata Aidil sering melakukan senaman di Gym bersama kekasih hatinya.

8Miller Khan

Lebih popular di Indonesia berbanding dari negara sendiri, Miller Khan dikenali sebagai aktor tampan yang bertubuh sado seperti atlet. Dia menjaga bentuk tubuh dengan latihan fisikal tetapi pada masa yang sama dia juga suka makan. Miller memang mengalami banyak perubahan. Ketika dia remaja (pernah muncul dalam filem Sepet) tubuhnya agak kurus namun sekarang Miller berubah jadi lelaki bertatu dan macho.

9Nazim Othman

Selalu ramai yang kata kalau janda memang ‘hot’ tetapi sekarang ini duda pun boleh tahan meletupnya. Dikatakan semakin seksi dan ‘daring’, pelakon Nazim Othman telah membuatkan ramai terpegun apabila memuat naik foto badannya yang sado siap dengan ‘six pack’.

11Hafidz Roshdi

Biarpun mungkin belum ‘sado’ macam selebriti lain, tapi Hafidz Roshdi antara selebriti lelaki yang kerap meluangkan masa di gim demi mencapai berat dan bentuk tubuh yang diingini.

12Bonus: Mateen Bolkiah

Biarpun Prince Charming idaman gadis Malaya ini bukanlah seorang selebriti Malaysia, namun kami rasakan seolah senarai ini tidak lengkap tanpa kehadiran beliau. Laman Instagram milik beliau rajin memaparkan bentuk tubuh sasa beliau dalam gambar yang diambil di seluruh pelusuk dunia.

Kita pun faham mengapa beliau merupakan Prince Charming idaman kalbu kalau setakat tengok Instagram beliau malah teringat Prince Harry zaman dulu-dulu sebelum bergelar suami kepada Meghan Markle.

Bukan sahaja mewakili negara Brunei dalam sukan polo malah Pangiran Mateen turut rajin bersenam (terutamanya pada hari minggu jjika anda rajin ikuti Insta stories beliau) dan mengamalkan senaman tinju. Tengah hari rambang anda boleh menonton Instastory.

Mateen shirtless mengamalkan senaman ala crossfit di perkarangan istana. Nak jadi macam Mateen? Cuba kunjungi gim crossfit ataupun yang turut menawarkan kelas tinju seperti District 13 dan banyak lagi.