Kumpulan penyanyi Korea terkenal,Blackpink kembali popular menerusi single terbaru mereka,“Ddu-Du Ddu-Du,”. Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose mula terkenall sejak 2016 menerusi album single mereka yang berjudul Square One.

Cipta Rekod Di Korea

Sejak mula diperdengarkan, Blackpink terus mencipta sejarah apabila single itu memecah rekod sebagai video muzik Korea yang mendapat tontonan paling tinggih dalam masa 24 jam. Dilancarkan pada 5 Julai yang lalu, dalam masa 24 jam mereka sudah mencatat 36.2 juta jumlah tontonan dan kini hampir mencapai 300 juta jumlah tontonan.

Parodi Kanak-Kanak Yang Mencuit Hati

Penangan lagu ini, sekumpulan kanak-kanak dari Thailand telah membuat video parodi dengan meniru lagak Blackpink.

Cukup dengan menggunakan barang sekitar mereka, parodi dan aksesori yang digayakan mereka benar-benar sama malah kelihatan begitu sempurna sekali. Rata-rata yang menonton video tersebut begitu kagum dengan kanak-kanak ini. Hebat!