Sebagai public figure, seseorang itu tidak lari daripada menjadi perhatian orang ramai. Tambah lagi jika seseorang itu merupakan ahli politik yang diperkatakan petah berbicara, charming dan tidak jemu mata memandang. Sekiranya dahulu kita ada Khairy Jamaluddin yang Tall, Dark and Handsome, kini ramai tertumpu kepada Syed Saddiq.

Eh, kenapa dikatakan Mini KJ? Mari kita lihat bersama.

1Ahli Politik Stylo

KJ memang setia dengan pilihan kacamata Ray-ban manakala Saddiq juga tidak kurangnya dengan penggayaan kacamata hitam. Nampak macam James Bond gitu.

2Ahli Politik Insta-famous

Berdasarkan kajian media social Cuponation Malaysia, biarpun kedua-duanya tidak dapat melawan populariti Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman Instagram, tetapi Saddiq dan KJ miliki jumlah pengikut di laman media social yang lebih kurang sama.

3Kedua-duanya Penggemar Stoking Berwarna-warni

Khairy dan Saddiq memang tidak dapat lari daripada pemilihan stoking yang berwarna-warni dan bercorak. Mungkin mahu menampakkan lagi aspek belia sebagai Ketua Pemuda barangkali.

4Gemar Berlompat Dalam Gambar

Suratan atau kebetulan? Kedua-duanya gemar beraksi acah-acah melompat dalam gambar.

5Fitspo

Boleh dikatakan mereka berdua berjaya mencetuskan semangat bersenam dikalangan anak muda. Iyalah, mana ada ahli politik se-sado KJ dan Saddiq! Kalau KJ sentiasa merakam gambar cycling bersama teman-teman dan aktiviti bersenam di gym, Saddiq pula berkongsi tip kesihatan terutamanya sepanjang Ramadan.

6Pencinta Kucing Sejati

Persamaan terakhir buat belanja pencinta kucing di luar sana. Ternyata kedua-dua mereka begitu sayangkan pada haiwan peliharaan seperti kucing. Jadi adakah layak Saddiq digelar Mini KJ?