Sewaktu anda menonton Avengers: Infinity War, ada tak anda terfikir: ‘Bagaimana wajah sebenar Thanos?  Nebula macam mana pula rupa asalnya?’

Kalau filem Iron Man, Captain America, Spider-Man, dan sebagainya, kita mungkin dah tahu. Buat pembaca Hangat.com yang teringin nak lihat wajah sebenar Thanos dan beberapa pelakon lain, jom semak foto-foto berikut ini dan anda akan tahu. Mereka ternyata cantik dan kacak tau!

1. Thanos

Thanos ini sangat ikonik sekali. Barangkali salah satu watak jahat paling terkenal di dunia ketika ini. Thanos dilakonkan oleh Josh Brolin. Di sebalik wajah seram Thanos, ada Josh Brolin yang kacak dan hot daddy berusia 50 tahun.

2. Gamora

Seterusnya, si alien cantik nan seksi Gamora yang sebelum ini dikenali menerusi penampilannya di ‘GUARDIANS OF THE GALAXY’. Kekasih Star-Lord ini dilakonkan oleh Zoe Saldana yang ternyata cantik dan manis sangat!

3. Nebula

Nebula adalah robot alien yang berwarna biru dan merupakan saudara tiri Gamora serta mantan anak Thanos. Di sebalik Nebula yang sangat robotik ini adalah si cantik Karen Gillan yang sangat mempesona.

4. Mantis

Alien lucu yang termasuk dalam geng ‘GUARDIANS OF THE GALAXY’ ini adalah Mantis yang identitinya dengan dua tanduk di atas kepala.  Mantis adalah Pom Klementieff. Wajah asalnya begitu cantik dan eksotis.

5. Rocket Racoon

Rocket Racoon yang cerewet dan mengaku sebagai kapten dari ‘GUARDIANS OF THE GALAXY’ ini disuarakan dan divisualisasikan oleh Bradley Cooper yang ketampanannya sudah diakui oleh ramai wanita di dunia.

6. Groot

Berikut ini adalah sahabat karib Rocket, si manusia pohon Groot yang comel dan suka berkorban. Watak ini disuarakan oleh aktor sado Vin Diesel.

7. Drax

Anggota geng lainnya dari ‘GUARDIANS OF THE GALAXY’ adalah Drax yang ada dendam membara kepada Thanos. Di sebalik wajah Drax ini adalah lelaki kacak dan tegap, Dave Bautista.

8. Ebony Maw

Sekarang kita menuju ke kuncu-kuncu Thanos iaitu Ebony Maw yang dilakonkan oleh Tom Vaughn-Lawlor.

9. Proxima Midnight

Seterusnya ialah wanita dari geng Black Order iaitu Proxima Midnight. Watak ini dilakonkan oleh Carrie Coon yang asalnya memiliki wajah yang cantik sekali. Setuju kan?