Bengang dengan tindakan peminat dari Jepun yang tidak berhenti-henti selfie di hadapan pentas, penyanyi terkenal Bruno Mars membaling sehelai tuala kepada peminat tersebut sebagai tanda amaran.

Peminat yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan model dari Jepun, Moeka Nozaki yang leka merakamkan selfie walaupun Bruno telah memberikan isyarat berulang kali.

Namun amaran Bruno tidak diendahkan hingga Bruno rasa terganggu dan menganggap Nozaki tidak menghormatinya serta penonton-penonton lain. Bruno juga memberikan isyarat tangan agar berhenti melakukan perbuatan itu namun gagal selepas beberapa kali memberi amaran. Akhirnya, Bruno membaling sehelai tuala kepada pelakon itu dalam keadaan marah.

Tindakan Bruno itu dianggap Nozaki sebagai tanda hadiah penyanyi yang popular dengan lagu 24K Magic itu dan berkongsi kegembiraannya di Instagram. Ada peminat-peminat Bruno berasa mengjengkalkan dan memohon Nozaki membuat permohonan maaf atas kelakuannya itu.

Bruno akan mengadakan siri jelajah di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini sempena Konsert 24K Magic World Tour. Hangat.com berharap agar peminat-peminat Bruno di Malaysia menjaga perlakuan masing-masing ketika konsert dijalankan. PEACE!

Sumber : Koreaboo