Semalam dunia dikejutkan dengan kematian vokalis utama kumpulan SHINee, Jonghyun yang dijumpai tidak sedarkan diri kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul.

Bunuh Diri Akibat Tekanan Perasaan

Menurut laporan dari pelbagai sumber, Jonghyun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap dan dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Punca kematian turut menyebut adalah bermotifkan bunuh diri kerana pihak polis menemui arang yang dibakar dalam bilik tempat Jonghyun ditemui dan kakaknya turut menerima nota bunuh diri daripada adiknya itu.

Dihadiri Ahli Keluarga Dan Rakan Terdekat

Berita kematian Jonghyun ini turut dirasai oleh peminat SHINee yang digelar sebagai Shawols. Dalam perkembangan lain, upacara pengebumian dan penghormatan terakhir akan dibuat secara tertutup dimana ianya hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.