Diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur cukup membanggakan bagi penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat. Ayda yang baru sahaja menjalani rakaman lagu berjudul Gemuruh Suara memaklumkan lagu tersebut bukanlah lagu rasmi namun lagu itu akan diperdengarkan sepannjang sukan itu belangsung.

“Lagu rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu yang saya nyanyikan ini adalah khas buat penyokong menzahirkan sokongan mereka kepada atlet yang bertanding.

Terdahulu Dayang Nurfaizah juga telah diberikan penghormatan menyanyikan lagu tema. Namun masih belum ada lagi lirik untuk lagi tersebut. Oleh itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempelawa orang ramai menyumbang idea mencipta lirik lagu tersebut yang merupakan hasil gubahan komposer tersohor di Malaysia, Ramli MS.

Ayda menambah lagu yang dinyanyikan bakal menaikkan semangat juang untuk para atlet.

“Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ayda yang kini sedang sibuk menghabiskan sesi pergambaran bagi drama bersiri Ku Kirim Cinta yang sedang disiarkan di slot Akasia TV3.

Sumber