Sudah lama kita tak dengar lagu terbaru dari bintang Akademi Fantasia ini. Mungkin anda seolah-olah biasa dengar suara penyanyi dalam drama adaptasi novel ‘Sayang Papa Saya Tak?‘. Lagu tersebut sebenarnya adalah single terbaharu dari Dafi berjudul ‘Girl’ atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri.

Namun ramai yang merasa keliru dengan lagu ini yang menyangka lagu rancak ini dinyanyikan oleh penyanyi popular, Mark Adam.

View this post on Instagram

Hey everybody , nak kasi tau ni yang single terbaru baru Dafi – ' GIRL ' ciptaan @ezrakong , @haelhusaini & @omarkrk now dah masuk dalam carta #lokalhot di hotfm. Alhamdulillah !Kalau korang suka lagu ni , kalau korang nak dengar lagu ni selalu diputarkan kat radio & kalau korang sayang dafi…hahahaah…jom ramai-ramai undi lagu GIRL! Caranya is…korang boleh layari www.hotfm.com.my dan klik segmen kemudian klik lokal hot. Lepas tu jangan lupa tekan button love banyak-banyak tau! Thank you Hot.Fm ! Thank You semua ! God bless all of you! #HotFm #HotFmMy @hotfm975 ! #LaughOutLoudEntertainment #LOLentertainment #LOL @mylolentertainment ! #IndigitalMusic #Indigital @indigitalmusic ! #DafiFanClub #DafiFC #DFC #Dafinites @officialdafifc ! #D4F1 #GirlByDafi @dafiismailsabri !

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri) on

Isu ini telah mendapat reaksi dari Dafi sendiri menerusi laporan dari Berita Harian Online. Dafi menyatakan dia tidak kisah jika orang di luar sana tidak tahu bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh Dafi sendiri.

Tidak mengapa kalau ada yang tidak tahu lagu Girl adalah single baharu saya. Malah, pada masa sama ramai bertanya sama ada lagu itu kepunyaan Mark Adam.

Bagi Dafi ia merupakan satu pujian jika disamakan dengan seorang penyanyi yang hebat dan mempunya kredibiliti tersendiri.

Bagi saya itu juga antara pujian apabila menyamakan suara saya dengan penyanyi dan komposer yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam bidang seni suara.
Saya juga tidak kisah dengan isu ini malah berbangga kerana muzik video ‘Girl’ di YouTube mendapat tontonan yang tinggi. Buat masa ini muzik video berkenaan sudah mencecah lebih 800,000 jumlah tontonan dalam tempoh singkat. Ia cukup membanggakan.

Dafi turut menambah pembikinan album baharu sepenuhnya yang diterbitkan komposer dari Indonesia, Ahmad Dhani, itu bakal memuatkan 10 buah lagu.

Sumber