Selepas dihimpit isu kontroversi berpegangan tangan dengan pelakon popular Uqasha Senrose, Shah Iskandar  atau nama sebenar Shah Iskandar Mahfuz sering di kecam oleh netizen.  Namun kontroversi sebegini sebenarnya tidak membantu kerjayanya sebagai anak seni dalam bidang lakonan.

Walaupun isu sebegini sedikit sebanyak membantu dirinya dalam mendapatkan populariti dan publisiti, tetapi dia mahukan namanya diperkatakan kerana mutu lakonan berbanding dengan gosip liar.

Menurut dari MStar Online, Shah Iskandar menegaskan bahawa isu pegang tangan tidak perlu diperbesarkan kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki membantu pelakon wanita yang sukar berjalan menggunakan kasut tinggi.

Shah Iskandar dihimpit kontroversi berpegangan tangan dengan pelakon Uqasha Senrose

Tidak ada apa pun yang besar, bukan Uqasha sahaja, Raja Ilya pun saya bantu kerana keadaan di sana gelap dan mereka sukar nak berjalan dengan kasut tumit tinggi

Bersetuju dengan respon Shah Iskandar, bukan pada rakan artis sahaja, jika seseorang perlu dibantu semestinya kita perlu menghulurkan tangan. Takkan kita mahu biarkan orang lain jatuh atau tersungkur.

Sumber